awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan ketika pindah diesel haram

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2023
00:00 MYT
Ditahan ketika pindah diesel haram
KPDN Putrajaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Hulu Langat, Selangor pada Khamis. -Foto Sinar Harian
HULU LANGAT: Kelekaan sekumpulan lelaki memindah diesel bersubsidi secara haram di sebuah premis tidak bernombor di Jalan Kuari Sungai Long, di sini dikejutkan dengan serbuan penguat kuasa pada Khamis.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam berkata, serbuan pada jam 5.15 petang itu dijalankan sepasukan anggota KPDN Putrajaya hasil risikan dan maklumat.
Katanya, pemeriksaan di premis terbabit menemui 42,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng.
"Empat lelaki termasuk seorang lelaki tempatan ditahan ketika sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dalam premis tersebut.
"KPDN turut merampas antaranya sebuah lori satu tan, pam bermotor, beberapa hos penyambung, telefon bimbit dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan berjumlah RM108,900.
Tambah Azman, premis terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berhubung kebenaran untuk berurusan berkaitan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel.
"Siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber perolehannya," katanya.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Tegasnya, KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.
"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini," jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#diesel haram
#penyelewengan diesel bersubsidi
#Jalan Kuari Sungai Long
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan