awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian PSSCM sumbang kepada pembangunan bangsa, negara
Provokasi Israel iktiraf 'Somaliland' terima kecaman global
Kemalangan ragut 10 nyawa di timur laut Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh bunuh ibu bapa, penganggur berdepan hukuman mati

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2021
04:45 MYT
Dituduh bunuh ibu bapa, penganggur berdepan hukuman mati
Tertuduh didakwa membunuh Mohamad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta pada 4 Oktober lalu antara pukul 11 hingga 12 malam. - Foto Astro AWANI
LIPIS: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lipis atas tuduhan membunuh ibu dan ayah kandungnya di Kampung Kemahang, Benta di sini, 4 Oktober lalu.
Tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad,31, bagaimanapun hanya menganguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas dua kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.
Tertuduh didakwa membunuh Mohamad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta pada 4 Oktober lalu antara pukul 11 hingga 12 malam.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
BACA: Suami isteri maut dikelar anak dipercayai pengamal ajaran sesat
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Muhammad Muhairi Mohamad Noh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Muhammad Muhairi meminta agar tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri bagi melakukan ujian mental dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bahru selama sebulan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatacara Jenayah//
Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini bagi sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#penganggur
#dituduh bunuh ibu bapa
#hukuman mati
#Mahkamah Majistret Lipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan