KEMAMAN: Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas badannya melecur kerana dipercayai dibakar beberapa rakannya dalam satu kejadian di Kampung Perasing Jaya, Jabor, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, akibat kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun melecur dari leher hingga ke bahagian belakang badan.
Menurut beliau, kejadian tersebut disedari bapanya selepas anaknya pulang kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan menangis dan meminta bantuan sebelum mendapati terdapat kesan melecur pada badan mangsa.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai disimbah cecair dipercayai minyak sebelum dinyalakan api menyebabkan badannya melecur.
"Kejadian dipercayai berlaku kerana beberapa rakan menuduh mangsa mencuri wang bernilai RM100 namun kejadian sebenar masih dalam siasatan," katanya, di sini, pada Sabtu.
Susulan kejadian itu kata Hanyan, polis menahan enam individu berusia antara 18 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Ujian saringan air kencing mendapati semua mereka negatif dadah," katanya.
Menurut beliau, mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 23 2022
Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas badannya melecur kerana dipercayai dibakar beberapa rakannya dalam satu kejadian di Kampung Perasing Jaya pada Jumaat. -Gambar hiasan
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Dituduh curi RM100, remaja melecur dibakar rakan
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun melecur dari leher hingga ke bahagian belakang badan.