awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/11/2022
07:32 MYT
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan untuk mengemukakan saman malu terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan beliau dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS). - Gambar fail
BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan untuk mengemukakan saman malu terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan beliau dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS).
Tegas Ahmad Zahid, sebelum melakukan tuduhan, Raja Petra sepatutnya menyertakan bukti atau dokumen dan jika tidak berbuat demikian, beliau akan mengemukakan saman.
“Saya akan minta peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada beliau. Banyak tulisan Raja Petra berdasarkan spekulasi daripada dirinya sendiri.
“Saya menghormati beliau secara peribadi kerana saya kenal beliau secara peribadi juga tapi beliau mesti sanggup untuk menanggung akibat daripada tuduhan liar yang beliau lakukan,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di sini, pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk menemui Raja Petra berhubung dakwaannya mengaitkan Ahmad Zahid menerima sogokan berjumlah kira-kira RM67 juta dalam projek LCS.
Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menasihatkan semua calon, pengurus kempen dan individu terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) agar berkempen secara berhemah.
“Pada hemat saya, kita cerita apa yang baik tentang diri kita, parti kita tapi jangan burukkan pihak lawan kerana pengundi telah cukup matang untuk menentukan parti mana yang mereka mahu sokong dan calon mana mereka mahu undi.
“Maka, atas kematangan pengundi, zaman untuk kita lakukan kecaman, kutukan atau lemparkan fitnah kepada parti atau calon pihak lawan adalah sesuatu yang berada di luar zaman kematangan politik.
“Pengundi tentunya amat mengetahui cara itu telah ketinggalan zaman,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#skandal LCS
#Zahid Hamidi
#Raja Petra
#saman Raja Petra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan