JOHOR BAHRU: Hanya kerana tertekan hon kereta, seorang lelaki ditumbuk seorang penunggang motosikal sebelum suspek memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan dua batang besi, dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Setia Indah di sini pada Jumaat.
Bukan itu sahaja, suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135LC turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar dalam kejadian pada jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 1.55 petang.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa berada di lokasi telah berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal warga tempatan kerana membunyikan hon tanpa sengaja. Mangsa tidak mengenali lelaki terbabit.
"Ketika kejadian, suspek kemudian menyemburkan serbuk pemedih mata ke arah mata mangsa, memukul kepalanya menggunakan topi keledar dan memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kemudian empat lelaki tempatan yang tidak dikenali, dipercayai kawan suspek, datang ke lokasi menaiki pacuan empat roda.
"Mereka terus bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian belakang dan pintu kanan serta kiri. Suspek juga memukul bonet depan kereta mangsa menggunakan dua batang besi panjang," katanya.
Raub berkata, mangsa bengkak dibibir, lebam di tangan dan sakit di belakang badan serta leher.
Susulan itu, beliau berkata, lima suspek yang terlibat dalam kes tersebut dikesan bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali menerusi talian 013-7290763," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan dan Seksyen 427 kanun keseksaan.
Pada Jumaat, tular satu video berdurasi enam saat memaparkan tindakan dua lelaki membuat kerosakan terhadap sebuah kereta berwarna putih.
Turut kelihatan kesan cermin pecah di tingkap pemandu kereta terbabit.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 30 2022
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar. - Sinar Harian
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Tumpuan Isnin 9 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pengemis jalanan OKU dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Seorang penjawat awam adalah antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki menjadi dalang pengedaran dadah yang melibatkan dalang rampasan lebih RM2 juta dalam dua operasi berasingan, baru-baru ini.
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.
Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024, atasi Lubnan 1-0
Pasukan bola sepak negara menghadirkan kegembiraan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Status representasi Inspektor Sheila 20 Mac
Status representasi Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam ditetapkan pada 20 Mac depan.
Belasah penghantar makanan bunyikan hon, tiga suspek diberkas
ACP Cha berkata, tiga lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 39 tahun itu ditahan sekitar daerah Klang kira-kira jam 6.30 petang.
Ditumbuk, cermin kereta dipecah kerana bunyikan hon
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar.
Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta
Gara-gara membunyikan hon kereta, seorang pegawai pemasaran cedera ditikam dua lelaki dalam satu kejadian di bandar raya ini, Ahad lepas.