MALAYSIA
DLP diperluas ke sekolah menengah di Sarawak mulai tahun depan - Sagah
Sagah berkata dengan pelaksanaan itu, semua pelajar Tingkatan 1 akan memasuki aliran DLP dan meneruskannya sehingga Tingkatan 5. - Gambar Bernama
KUCHING: Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak akan diperluas ke sekolah menengah mulai 2026, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Ringkasan AI
Beliau berkata dengan pelaksanaan itu, semua pelajar Tingkatan 1 akan memasuki aliran DLP dan meneruskannya sehingga Tingkatan 5.
"Di peringkat menengah atas, inisiatif ini akan melibatkan langkah penting apabila mata pelajaran sains tulen utama, iaitu Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata program itu terus menjadi antara strategi utama untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sarawak dengan mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membantu menyediakan pelajar supaya lebih kompetitif dan lebih bersedia menghadapi masa depan.
"Ini amat penting terutamanya ketika kita berusaha meningkatkan penyertaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta melahirkan siswazah berkualiti dalam kalangan anak Sarawak," katanya.
Sebelum ini, program DLP Sarawak mewajibkan semua sekolah kebangsaan di Sarawak mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, termasuk Ujian Penilaian DLP (UP-DLP), iaitu satu penilaian untuk mengukur prestasi pelajar dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Dalam perkembangan lain, Sagah berkata Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dijangka siap pada Oktober tahun depan.
Beliau berkata pembinaan pusat penyelidikan perubatan yang terletak di Samarahan itu telah mencapai 40 peratus siap setakat ini dan dijangka menjadi pusat utama bagi pemantauan penyakit berjangkit serta inovasi bioperubatan sebaik ia beroperasi sepenuhnya.
"Fokus SIDC merangkumi beberapa penyakit penting yang menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan, seperti tuberkulosis (TB), malaria, denggi, demam babi Afrika (ASF), rabies dan jangkitan parasit melalui tanah," katanya.
Mengenai Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES), beliau berkata 64 kursus telah diluluskan di bawah skim berkenaan di empat institusi pengajian tinggi milik Sarawak iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Teknologi Curtin Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.
"Senarai terperinci akan diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 18 Dis ini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak akan diperluas ke sekolah menengah mulai 2026, di mana mata pelajaran sains tulen utama akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik serta kebolehan pelajar dalam bidang STEM.
- Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dijangka siap pada Oktober tahun depan, yang akan menjadi pusat utama bagi pemantauan penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, malaria, denggi, dan lain-lain, untuk meningkatkan inovasi bioperubatan dan kesihatan manusia serta haiwan.
- Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) telah meluluskan 64 kursus di empat institusi pengajian tinggi milik Sarawak, yang bakal diumumkan secara terperinci oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 18 Disember ini.