awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DNA waris mangsa warga Singapura diambil untuk kenal pasti identiti

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2019
09:25 MYT
DNA waris mangsa warga Singapura diambil untuk kenal pasti identiti
Pengambilan sampel DNA waris mangsa, Puah Geok Tin dilakukan pukul 10 pagi tadi. - Gambar hiasan
Sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil dari tubuh waris seorang mangsa warga Singapura yang hilang ketika berkayak.
Ujian berkenaan dilakukan bagi mengenal pasti mayat seorang wanita yang dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu yang berada pada kedudukan 6 batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu.
Pengambilan sampel DNA waris mangsa, Puah Geok Tin dilakukan pukul 10 pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing, Haris Fadzilah Abdullah berkata, sehingga pukul 1.30 petang, proses pengecaman belum dilakukan oleh waris mangsa.
Proses bedah siasat juga, kata Haris, belum dilakukan ke atas mayat mangsa.
Pada SAR yang memasuki hari ketujuh itu, APMM kata, Haris, menggunakan skop pencarian di permukaan laut menggunakan aset kapal dan bot pelbagai agensi.
Pencarian juga, kata beliau, turut dilaksana di pesisir pantai Kuala Kemaman.
Keluasan sektor pencarian seorang lagi mangsa, Tan Eng Soon, 62, mencecah 500 batu nautika persegi dan melibatkan 32 anggota.
Menurut Haris, operasi pencarian turut dibantu oleh penduduk dan nelayan tempatan di kawasan pulau dan sekitar perairan Kemaman, Kuantan sehingga menjangkau perairan Kerteh di Terengganu.
Pada 8 Ogos lalu, dua rakyat Singapura dilaporkan hilang selepas kayak yang dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan ketika berkayak di Pulau Seri Bulat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing, Johor.
Kejadian itu berlaku disebabkan angin kuat dan laut bergelora.
Topic Berkaitan
#APMM
#DNA
#hilang
#Kuantan
#Malaysia
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan