awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DNB : MoF akan mulakan sesi rundingan, penawaran kepada syarikat telekomunikasi - Annuar Musa

Bernama
Bernama
20/03/2022
11:23 MYT
DNB : MoF akan mulakan sesi rundingan, penawaran kepada syarikat telekomunikasi - Annuar Musa
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata proses rundingan tersebut dijangka siap sepenuhnya, pada Jun nanti. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Kewangan akan memulakan siri rundingan dan penawaran kepada semua syarikat telekomunikasi yang memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata proses rundingan tersebut dijangka siap sepenuhnya, pada Jun nanti.
"Kementerian Kewangan akan berurusan untuk mengeluarkan tawaran kepada semua syarikat yang mempunyai pengalaman menguruskan spektrum.
"Kalau tidak silap saya, ada tujuh atau sembilan syarikat yang pernah diberikan spektrum untuk menguruskan perkhidmatan telekomunikasi ini, jadi mereka ditawarkan untuk mula berunding dan mengambil saham pada harga yang diputuskan, dan kita harap mereka dpt menyegerakan rundingan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam daripada Parlimen Ketereh sempena program 'Back To School', di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam DNB.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Digital Nasional Berhad
#Kementerian Kewangan
#Annuar Musa
#5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan