MALAYSIA

Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah

Firdaus Azil 11/01/2019 | 09:31 MYT
Tengku Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja. -Gambar fail
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Baginda sempat meminta para wartawan yang setia menunggu di luar untuk “doakan yang terbaik.”

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Turut kelihatan menghadiri majlis itu ialah ahli Jumaah Pangkuan Negeri seperti Kerabat Diraja, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan seorang daripada Orang Besar Berempat Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beberapa ahli Orang Besar Berempat, Berlapan dan Enam Belas, serta barisan exco kerajaan negeri.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun media tidak dimaklumkan agenda mesyuarat itu, dipercayai mereka akan membincangkan perihal Tengku Abdullah untuk menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang baharu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Menteri Besar #Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja #Najib Razak #Sultan Pahang #Tengku Abdullah