MALAYSIA
Doktor di Jabatan Kecemasan, jururawat antara petugas diberi pengecualian waktu bekerja syif 45 jam seminggu

Pengecualian itu melibatkan seramai 82,637 petugas kesihatan terdiri daripada pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan, penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan Kesihatan, jururawat dan jururawat Masyarakat. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi pengecualian kepada pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu bagi petugas kesihatan di bawah lima skim perkhidmatan kritikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan pengurangan tiga jam seminggu.
Ringkasan AI
- Pengecualian waktu kerja 45 jam untuk petugas kesihatan kritikal Seramai 82,637 petugas KKM diberi pengecualian daripada arahan kerja 45 jam seminggu, dengan waktu kerja dikurangkan kepada 42 jam seminggu bagi lima skim perkhidmatan kritikal.
- JPA menyatakan keputusan ini selaras dengan prinsip Malaysia MADANI, memandangkan tugas petugas kesihatan memerlukan kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang tinggi.
- Arahan kerja 45 jam seminggu yang diumumkan pada Disember lalu menerima kritikan daripada kumpulan seperti Hartal Doktor Kontrak, yang menyifatkannya sebagai tidak menyelesaikan isu sebenar dalam sistem kesihatan.
“Langkah ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kebajikan dalam menjamin kesejahteraan rakyat serta penjawat awam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
JPA menegaskan Kerajaan MADANI komited untuk terus mendengar dan menjaga kebajikan petugas kesihatan yang menjadi tunjang sistem kesihatan negara,.
Pada November lalu, kerajaan menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mengeluarkan arahan baharu mewajibkan penambahan tiga jam waktu bekerja seminggu bagi jururawat wad, berkuat kuasa 1 Disember lalu.
Namun, arahan itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan Hartal Doktor Kontrak yang menyifatkannya sebagai langkah ke belakang dan tidak menyelesaikan isu utama yang membelenggu petugas kesihatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami