awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor gigi berjaya ketepi keputusan Majlis Pergigian Malaysia

Bernama
Bernama
27/12/2013
23:00 MYT
Doktor gigi berjaya ketepi keputusan Majlis Pergigian Malaysia
Seorang doktor gigi Jumaat berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Majlis Pergigian Malaysia yang menghendakinya menjalani latihan kerana didapati terlibat dengan salah laku profesional.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof meluluskan rayuan Dr Mathew Sebastian dengan alasan wujud unsur pertimbangan berat sebelah dalam kes berkenaan.
Zaleha berkata majlis itu tidak mengemukakan surat aduan, manakala aduan seorang suri rumah, yang merupakan pesakit Dr Sebastian, juga tidak tepat.
Mahkamah memerintahkan majlis itu membayar RM500 sebagai kos kepada Dr Sebastian.
Dr Sebastian mengemukakan rayuan terhadap keputusan majlis itu pada 7 Mei yang mendapatinya melanggar tata kelakuan profesional dan memerintahnya menjalani latihan selama enam bulan.
Dalam saman pemula yang difailkan pada 5 Jun, Dr Sebastian mendakwa majlis itu membuat keputusan berkenaan dalam inkuiri yang diadakan selepas suri rumah terbabit mengemukakan aduan terhadap beliau.
Dr Sebastian, 63, berkata majlis itu terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mengeluarkan perintah itu kepadaya.
Dalam aduannya, wanita itu mendakwa Dr Sebastian melakukan rawatan 'laser, crown dan bridge' tanpa terlebih dahulu memperoleh persetujuannya.
Dr Sebastian dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 32(2)(b) Akta Pergigian 1971 berhubung salah laku profesional yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 33 Akta berkenaan.
Beliau diwakili peguam Qeemnoor Zahreen Zazanee Muhamad Noh, manakala peguam Lee Sok Wah mewakili Majlis Pergigian Malaysia.
Topic Berkaitan
#Doktor gigi
#Majlis Pergigian Malaysia
#salah laku profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan