awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/02/2024
04:45 MYT
Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran masyarakat awam, termasuk Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) tentang pelaksanaan sistem baharu itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran masyarakat awam, termasuk Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) tentang pelaksanaan sistem baharu itu, memandangkan tarikh penguatkuasaannya sepatutnya bermula 1 Februari lepas.
Buat masa ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, semua pihak diminta bersabar sementara pelaksanaan sistem itu diperincikan.
“Kita tunggu perincian, kerana Perdana Menteri sudah sebutkan dalam proses perincian. Harap bersabar, untuk kita faham apakah yang dimaksudkan dalam kontrak bermula 1 Februari itu. Kita tunggu apa tindakan lanjut,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Bandar Tun Razak, pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari, telah menyatakan kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam pekeliling itu berkata, susulan langkah tersebut, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah itu, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini.
Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#skim baharu
#Dr Dzulkefly Ahmad
#pencen penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan