MALAYSIA

Doktor Malaysia maut jatuh tebing setinggi 100 meter di Itali

Sinar Harian 24/07/2025 | 09:30 MYT
Mangsa dipercayai tersasar dari laluan pendakian asal. - Foto/ Sinar Harian/ Agensi
SEORANG doktor warga Malaysia maut selepas terjatuh dari tebing setinggi 100 meter (m) ketika mendaki Gunung Croda del Becco di Dolomites, Itali pada Jumaat lalu.


Ringkasan AI
  • Dr Khaw Bee Ling, pakar perubatan pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, maut selepas terjatuh dari tebing setinggi 100 meter ketika mendaki Gunung Croda del Becco di Itali.
  • Mangsa dilaporkan tersesat dan sempat menghantar mesej meminta bantuan sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan helikopter, dron, kamera terma dan unit anjing pengesan.
  • Mayat beliau ditemui keesokan harinya dan dibawa ke rumah mayat di Cortina, Itali, selepas dipercayai tergelincir di cerun curam dan licin akibat tersasar dari laluan pendakian asal.


Mangsa dikenali sebagai Dr Khaw Bee Ling, 60, yang merupakan pakar perubatan dalaman di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani di Kedah dilaporkan hilang selepas terpisah dengan rakannya, sehari sebelum kejadian tersebut.

Menurut laporan media Itali, mangsa dipercayai tersasar dari laluan pendakian asal di kawasan Belluno sebelum tiba di cerun curam, berbatu dan licin hingga menyebabkannya tergelincir.

Difahamkan, Bee Ling sempat menghantar mesej kepada rakannya untuk memaklumkan dia tersesat dan memerlukan bantuan sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Usaha penyelamatan itu turut disertai helikopter, dron dan kamera terma, unit anjing pengesan dan penjejakan lokasi telefon bimbit.

Mayat Bee Ling ditemui pada keesokan harinya dan dibawa ke rumah mayat di Cortina. - Sinar Harian/ Agensi





#rakyat Malaysia #doktor maut jatuh gunung #Itali #Dr Khaw Bee Ling