awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor swasta diseru kerjasama dengan kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2012
01:59 MYT
Doktor swasta diseru kerjasama dengan kerajaan
Pengamal perubatan swasta diseru agar bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit, NCD seperti darah tinggi, obesiti, diabetes dan kanser.
Kerjasama ini penting bukan sahaja untuk memerangi penyakit kronik berkenaan malah ia perlu bagi mendidik rakyat mengenai bahaya NCD.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar Kementerian Kesihatan dan pengamal perubatan swasta agar mewujudkan inisiatif strategi lautan biru bagi menangani NCD.
Katanya penyakit ini perlu ditangani bersama kerana ia merupakan pembunuh utama masyarakat dunia.
Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2012 menunjukkan daripada 57 juta kematian di seluruh dunia, 36 juta berpunca daripada NCD.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis sepetang bersama Perdana Menteri anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Perdana Menteri dalam ucapannya berjanji bahawa kerajaan akan bekerjasama rapat dengan MMA dalam merangka program transformasi kesihatan negara.
Katanya dalam menjayakan transformasi berkenaan, kerajaan telah mengenal pasti keperluan untuk mengukuhkan sistem kesihatan awam.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Kementerian Kesihatan
#pengamal swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan