awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas

Bernama
Bernama
24/01/2025
09:15 MYT
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Pemeriksaan dan rampasan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu, di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata pemeriksaan ke atas premis berkenaan dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Kementerian Kesihatan semalam.
"Selain dokumen itu turut dirampas uniform dan poster lelaki berusia 54 tahun itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan dan rampasan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf.
Pada Rabu lepas, Anbalagan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.
Ia susulan hantaran yang tular di media sosial mengenai isu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri palsu
#rawatan Ayurveda
#Puchong
#Polis Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan