awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi

Bernama
Bernama
19/02/2024
10:20 MYT
Dokumen perbankan tidak diserah kepada pembelaan kerana tidak relevan - Saksi
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak relevan dengan siasatannya.
Nur Aida Arifin, 37, berkata dokumen terbabit diterima dari Hong Kong dan Switzerland melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Muhammad Shafee: Kenapa kamu tidak bekalkan kepada pembelaan sama ada ia relevan untuk pembelaan?
Nur Aida: Saya telah taklimatkan kepada pasukan pendakwaan kes ini dan pendakwaan bersetuju bahawa ia tidak relevan untuk kes ini.
"Saya terima dokumen dari Switzerland sebanyak enam kali bermula Mac 2019. Dokumen itu saya terima dalam bentuk cakera padat," kata saksi itu yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB.
Muhammad Shafee: Adakah dokumen dari Switzerland dan Hong Kong diserah kepada pembelaan?
Nur Aida: Tidak kerana ia tidak relevan dengan kes ini.
Muhammad Shafee: Maksudnya kamu ada berbincang dengan pihak pendakwaan dan memutuskan dokumen ini tidak harus diberikan kepada pembelaan, betul?
Nur Aida: Ya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 26 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes 1MDB
#Najib Razak
#SPRM
#dokumen switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan