awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah

Bernama
Bernama
29/11/2022
21:45 MYT
Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah
Fatimah berkata dokumen itu penting supaya mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan terutama kanak-kanak boleh mendapat akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak akan mengeluarkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan Sarawak (DSITKS) kepada individu berusia 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata dokumen itu penting supaya mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan terutama kanak-kanak boleh mendapat akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
"Hak untuk mendapat pendidikan itu adalah hak asasi setiap kanak-kanak, mereka harus mendapat pendidikan. Ini juga satu daripada usaha kerajaan negeri bagi mengenal pasti jumlah individu tidak mempunyai kewarganegaraan," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri di sini pada Selasa.
Fatimah berkata bermula 2 Dis ini, KPWK dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Daerah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan turun padang ke kawasan yang telah dikenal pasti untuk mendaftarkan mereka yang tidak memiliki kewarganegaraan.
"Di Kuching, yang kita tahu di kawasan Desa Wira, terdapat kanak-kanak yang tiada dokumen dan status kewarganegaraan yang belum diketahui, terdapat keperluan mendesak... maka kita akan pergi. Di Sibu, Destiny For Children Association, ia menempatkan sejumlah besar kanak-kanak tanpa kewarganegaraan kemudian di Sepupok, Miri dan di Lawas.
"Melalui pengeluaran dokumen sementara tanpa kewarganegaraan ini, kita boleh tahu bilangan yang sedang menunggu keputusan dan sedang memohon," katanya.
Menurut Fatimah, sejak permohonan DSITKS dibuka pada 1 Nov lepas, kementeriannya telah menerima sebanyak 60 permohonan.
Katanya DSITKS boleh dipohon terus di KPWK atau melalui Pejabat Daerah yang terdekat dengan pemohon perlu memiliki sijil lahir yang didaftarkan di Sarawak dan berstatus warganegara belum ditentukan serta telah memohon kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Fatimah Abdullah
#Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan Sarawak
#DSITKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan