NATIONAL
Dokumen Visi ASEAN 2045 harus diterangkan kepada masyarakat - Penganalisis

Pemimpin ASEAN menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dokumen Visi ASEAN 2045 harus diterangkan agar manfaatnya dapat dirasai setiap peringkat masyarakat.
Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr Sufian Jusoh berpendapat, dokumen penting itu akan memastikan integrasi ASEAN bukan sekadar berlegar di antara badan politik sebaliknya kepada seluruh warganya.
"Bagaimana dokumen ini dilaksanakan, bagaimana rakyat, peniaga, pelabur, orang ramai, pelajar sekolah dan universiti dapat ambil manfaat daripada Visi ASEAN 2045, terang saja tiada makna perlu ada perancangan untuk memastikan semua orang mendapat manfaat," katanya.
Sufian turut berpendapat, seandainya penerangan dilakukan dengan teliti hubungan di antara rakyat ASEAN akan lebih kukuh dari pelbagai aspek."Konklusinya mudah, hubungan ASEAN di antara rakyat akan lebih kukuh ekonomi akan lebih maju hubungan politik akan lebih erat dan ASEAN akan terus menjadi zon aman bebas dan berkecuali menjelang 2030 contohnya," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa wawancara khas bersama Astro AWANI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Pemimpin ASEAN hari ini menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, yang menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia.
Deklarasi tersebut ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi ASEAN 2025, disertai sembilan lagi pemimpin negara Asia Tenggara bagi menggantikan "ASEAN 2025: Maju Bersama", yang diterima pakai pada 2015.
Dokumen strategik jangka panjang itu merangka hala tuju ASEAN untuk dua dekad akan datang, dengan aspirasi membentuk Komuniti ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat menjelang tahun 2045.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami