awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari Al Jazeera: Astro bantu siasatan

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2020
16:54 MYT
Dokumentari Al Jazeera: Astro bantu siasatan
PDRM menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang. -Gambar fail
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berhubung penerbitan dokumentari '101 East - Locked Up in Malaysia’s Lockdown' yang disiarkan menerusi saluran Al Jazeera Julai lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan Astro susulan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kes berkenaan, termasuk tindakan terbaharu pasukan itu menggeledah tiga lokasi berasingan termasuk pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera selain merampas beberapa peralatan, pada Selasa.
Dalam satu kenyataan media Selasa malam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata waran geledah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Majistret Sepang.
"Pelaksanaan operasi itu dilakukan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang turut membuka kertas siasatan ke atas stesen penyiaran itu.
"Keterangan saksi-saksi lain turut diambil ketika serbuan bagi membantu siasatan. Hasil siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.
"PDRM menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang. Tiada individu atau entiti yang akan terlepas daripada tindakan jika jelas mencabuli undang-undang di Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Al Jazeera
#Astro
#Kuala Lumpur
#PDRM
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan