[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
MALAYSIA

Dokumentari khas kisah individu di sebalik Belanjawan 2026 malam ini

Astro Awani 22/12/2025 | 08:30 MYT
"Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka" mendedahkan proses sebenar pembentukan Belanjawan negara, melibatkan perancangan awal, penyelarasan antara kementerian, libat urus bersama kerajaan negeri dan industri, sehingga pembentangan di Parlimen.
SETIAP tahun, belanjawan negara dibentangkan dalam bentuk angka, peruntukan dan inisiatif.


Ringkasan AI
  • Dokumentari khas "Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka" mendedahkan proses sebenar pembentukan Belanjawan negara, melibatkan perancangan awal, penyelarasan antara kementerian, libat urus bersama kerajaan negeri dan industri, sehingga saat-saat sebelum pembentangan di Parlimen.
  • Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, serta pegawai kanan Kementerian Kewangan terlibat dalam menyusun belanjawan, menentukan keutamaan rakyat, dan menghadapi cabaran kekangan fiskal untuk memastikan setiap peruntukan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia.
  • Dokumentari ini menggariskan sisi kemanusiaan di sebalik Belanjawan 2026 dengan mengungkap kisah individu yang bekerja keras demi kesejahteraan negara, menangani pelbagai permintaan dan tanggungjawab besar, disiarkan pada 22 Disember 2025 jam 9.00 malam di saluran 501 dan platform media sosial Astro AWANI.


Namun, di sebalik setiap baris dan setiap ringgit yang diumumkan, wujud proses panjang melibatkan kerja tanpa henti, analisis mendalam serta sesi libat urus bersama rakyat di seluruh negara.

Dokumentari khas Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka membawa penonton menelusuri proses sebenar pembentukan Belanjawan 2026, daripada peringkat awal perancangan, penyelarasan antara kementerian, sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan pemain industri, hinggalah ke saat akhir sebelum pembentangan di Parlimen.

Dokumentari ini turut menampilkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, serta suara pegawai kanan Kementerian Kewangan yang menjadi tulang belakang penyediaan belanjawan, termasuk bagaimana keputusan dibuat dalam kekangan fiskal, keutamaan rakyat ditentukan dan cabaran memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi makna kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Lebih daripada sekadar angka, dokumentari ini mengangkat sisi kemanusiaan di sebalik Belanjawan 2026 — kisah mereka yang bekerja hingga lewat malam, mengimbangi permintaan pelbagai pihak dan memikul amanah besar demi kesejahteraan negara.

Saksikan dokumentari Belanjawan 2026: Kisah Di Sebalik Angka pada jam 9 malam ini di saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI.





#dokumentari khas #Belanjawan 2026 #Kisah Di Sebalik Angka #perancangan dan penyelarasan