NIKMAT kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Biar saban tahun 31 Ogos disambut mengikut acuan dan nilai tempatan, namun keghairahan untuk bersama-sama meraikannya memberi makna yang cukup besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Kerana itu juga, stesen televisyen satelit pertama negara, Astro sentiasa tidak mahu melepaskan peluang untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia mereka.

Bermula esok (30 Ogos) sehingga 17 September, pelanggan-pelanggan Astro dan NJOI punya sebab untuk tidak keluar rumah dan duduk menghadap televisyen kerana anda ditawarkan pelbagai filem popular.

Semua itu boleh ditonton di saluran HD Malaysiaku (CH 700) sepanjang tempoh berkenaan.

Menyedari pelanggan adalah rakan perniagaan terbesar mereka, maka sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-62 yang akan diraikan esok, Astro akan menayangkan beberapa dokumentari eksklusif.

Namun begitu, tumpuan yang harus diberikan tentu sekali pada dokumentari Malaysiaku bertajuk Dr. Mahathir: Perjuangan Belum Selesai.

Ini merupakan sebuah rakaman mengenang semula momen-momen bersejarah yang tercatat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Para penonton akan melihat bagaimana rakaman sejarah itu dibuat untuk dijadikan sebagai rujukan paling berharga pada masa depan.

Astro juga bakal menayangkan siri dokumentari Road to Nationhood: Serve & Smash: The Thomas Cup 1992 yang akan membawa ingatan rakyat Malaysia terhadap perjalanan negara menuju kejayaan badminton pada tahun 1992.

Dokumentari wira tinju negara, Sapok Biki bertajuk Sapok Biki: The Iban Boxer juga akan ditayangkan selain sebuah lagi naskhah hebat Tigers Resurrected – The Suzuki Cup 2010 yang menghidupkan semula suasana yang mengagumkan ketika Malaysia berhadapan dengan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki.

Lebih 40 filem popular sempena Hari Kemerdekaan

Bertepatan dengan nilai Malaysia yang punya kepelbagaian budaya, Astro menyenaraikan pilihan yang pelbagai yang berteraskan matlamat penyatuan rakyat.

Lebih 40 buah filem yang menjadi pilihan Astro untuk dihidangkan kepada pelanggan mereka akan mengingatkan kita mengenai kekayaan warisan kita.

Filem komersial bersulam sejarah dan semangat kebangsaan serta humor tentu sekali dekat dengan rakyat Malaysia.

Bermula 30 Ogos hingga 17 September ini, pencinta Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ditawarkan rangkaian naskhah-naskhah terbaik Seniman Agung itu,

Saluran Malaysiaku akan mempersembahkankarya-karya klasik P. Ramlee seperti Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pa' Blalang dan Sarjan Hassan.

Filem Pendekar Bujang Lapok buah tangan P. Ramlee tidak pernah jemu untuk ditonton.

Tidak ketinggalan sebagai menghargai kerja-kerja seni sutradara kesayangan Malaysia, Yasmin Ahmad pula, Astro bakal menayangkan buah tanggan peninggalan Allahyarham iaitu Sepet, Gubra, Talentime, Mukhsin, Rabun dan Muallaf.

Gubra merupakan antara filem terbaik arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Kelangsungan semangat merdeka turut diikuti dengan tayangan filem yang mencatat sejarah pecah panggung dalam direktori industri perfileman tempatan iaitu Ola Bola dan The Journey yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan.

Manakala filem arahan Mamat Khalid yang mencetus fenomena, Hantu Kak Limah turut berada dalam senarai.

Kepada yang belum berkesempatan menonton filem Dukun, pastikan anda bersama Astro untuk menyaksikan lakonan hebat Umie Aida.

Sementara filem-filem tempatan lain yang juga akan ditayangkan di Astro dan NJOI ialah En Veetu Thottathil (arahan Karthik Shamalan); Munafik 1 & 2 (Syamsul Yusof); Paskal (Adrian Teh); Abang Long Fadil 1 & 2 (Syafiq Yusof) serta banyak lagi.

Maraton Upin & Ipin

Astro juga sentiasa peka bahawa kanak-kanak tidak seharusnya diabaikan dan kerana itu khusus untuk golongan ini Astro akan menayangkan siri animasi popular Upin & Ipin.

Yang menariknya, kanak-kanak berpeluang menonton siri animasi itu secara maraton selama tiga hari berturut-turut.

Tidak ketinggalan, untuk kanak-kanak, mereka juga boleh menikmati Wizards of Warna Walk, penyesuaian tempatan tentang 'Wizards of Waverly Place', mengikuti pengembaraan keluarga Malaysia yang merupakan ahli-ahli sihir

Dan sebuah lagi hidangan yang istimewa dan eksklusif, Astro turut menerbitkan lagu Oh Malaysiaku dan video muzik yang menampilkan bakat-bakat Rocketfuel: Usop, Masya Masyitah, William, dan Lil J bergandingan bersama bakat-bakat dari Ceria Megastar Ministar: Timah, Cici, Eiffel dan Aliff.


Kepada pelanggan-pelanggan Astro dan NJOI, pastikan anda tidak ketinggalan menonton seleksi lebih 40 filem dan dokumentari istimewa secara percuma di saluran HD Malaysiaku (CH 700) bermula dari 30 Ogos hingga 17 September 2019.

Filem dan dokumentari ini boleh di dapati menerusi Astro TV, on demand dan Astro GO serta NJOI. Untuk maklumat lanjut mengenai saluran HD Malaysiaku (CH700) sila layari watchod.com