GADGETS

Donut Lab perkenal bateri keadaan pepejal, cas penuh sepantas 5 minit

Amanz 09/01/2026 | 06:30 MYT
Bateri ini menawarkan kapasiti sehingga 400 Wh/kg dan boleh beroperasi dalam julat suhu ekstrem antara -30C hingga 100C, serta lebih selamat tanpa bahan mudah terbakar. -Foto Amanz
DONUT Lab memperkenalkan bateri keadaan pepejal (solid-state battery) untuk industri automotif yang mampu dicas penuh dalam tempoh hanya lima minit menggunakan pengecasan DC.


Ringkasan AI
  • Bateri keadaan pepejal (solid-state battery) diperkenalkan oleh Donut Lab untuk industri automotif, boleh dicas penuh dalam 5 minit menggunakan pengecasan DC.
  • Bateri ini menawarkan kapasiti sehingga 400 Wh/kg dan boleh beroperasi dalam julat suhu ekstrem antara -30C hingga 100C, serta lebih selamat tanpa bahan mudah terbakar.
  • Donut Lab mengesahkan teknologi ini digunakan pada motosikal elektrik Verge Motorbikes, termasuk model Verge TS Pro dan Verge TS Ultra yang bakal dilancarkan pada suku pertama 2026.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Bateri ini menawarkan kapasiti sehingga 400 Wh/kg dan direka untuk beroperasi dalam julat suhu ekstrem antara -30°C hingga 100°C.

Ia juga lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan mudah terbakar seperti litium atau cecair elektrolit, sekali gus mengurangkan risiko letupan atau kebakaran.

Selain itu, bateri ini mampu mengekalkan sehingga 99 peratus cas dan sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan elektrik.

Donut Lab mengesahkan teknologi ini sudah digunakan pada motosikal elektrik Verge Motorbikes termasuk model Verge TS Pro dan Verge TS Ultra yang akan dilancarkan pada suku pertama 2026.

Syarikat itu turut menyatakan kesediaan untuk menghasilkan bateri keadaan pepejal secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan industri automotif global.
-Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa kelebihan utama bateri keadaan pepejal yang diperkenalkan oleh DONUT Lab untuk industri automotif?
    A: Bateri tersebut boleh dicas penuh dalam masa hanya lima minit menggunakan pengecasan DC, menawarkan kapasiti sehingga 400 Wh/kg, dan beroperasi dalam julat suhu ekstrem antara -30C hingga 100C.
  • Q: Mengapa bateri keadaan pepejal ini dianggap lebih selamat daripada bateri konvensional?
    A: Bateri keadaan pepejal ini lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan mudah terbakar seperti litium atau cecair elektrolit, mengurangkan risiko letupan atau kebakaran.
  • Q: Apakah model motosikal elektrik yang telah menggunakan teknologi bateri keadaan pepejal ini?
    A: Teknologi bateri keadaan pepejal ini telah digunakan pada motosikal elektrik Verge Motorbikes, termasuk model Verge TS Pro dan Verge TS Ultra yang bakal dilancarkan pada suku pertama 2026.



#Donut Lab #Bateri keadaan pepejal #solid-state battery #industri automotif