PUTRAJAYA: Penerima vaksin AstraZeneca pada dos pertama akan menerima vaksin sama untuk dos kedua, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Meskipun ada pihak mengatakan campuran vaksin meningkatkan keberkesanan vaksin namun kajian berkenaan dakwaan itu masih belum mencukupi, tegas Khairy.
“Untuk vaksin AstraZeneca, dos kedua adalah AstraZeneca. Walaupun kumpulan teknikal pakar telah mengemukakan ia kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengenai vaksinasi heterologi yang mencampurkan vaksin, kami masih mengkaji.
“Kami berpendapat masih belum meyakinkan untuk kami membuat keputusan mencampurkan vaksin di Malaysia. Kami akan terus mengkaji dan setelah keputusan muktamad dapat dibuat, kami akan umumkan.
“Buat masa ini anda akan diberi dos kedua yang sama dengan dos pertama anda,” katanya dalam sidang media mingguan PICK di sini pada Rabu yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dalam pada itu, mengulas kesan sampingan risiko radang jantung selepas mengambil vaksin keluaran Pfizer, Khairy berkata, perkara itu telah dibentangkan kepada JKJAV.
“Kita sedang pantau perkembangan berkenaan kesan sampingan tersebut tetapi ia tidak mengubah keputusan perolehan kita berkenaan Pfizer.
“Cuma ia] ada kaitan sikit dengan keputusan untuk nak bagi Pfizer kepada golongan remaja disebabkan insiden keradangan jantung di kalangan remaja lelaki agak tinggi,” ujarnya.
Agensi Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menambah amaran dalam garis panduan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan risiko berkaitan radang jantung yang jarang berlaku selepas penggunaannya.
Bagi setiap vaksin, lembaran fakta untuk penyedia penjagaan kesihatan telah disemak semula untuk memasukkan peringatan bahawa terdapat laporan mengenai peningkatan risiko myocarditis dan pericarditis.
Ini terutamanya selepas dos kedua, dan timbulnya gejala dalam beberapa hari selepas divaksin.
Pada 11 Jun, lebih daripada 1,200 kes myocarditis atau pericarditis dilaporkan ke Sistem Pelaporan Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) daripada sekitar 300 juta dos vaksin mRNA yang telah diberikan.
Ridauddin Daud
Wed Jun 30 2021

Penerima vaksin AstraZeneca pada dos pertama akan menerima vaksin sama untuk dos kedua,kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.