MALAYSIA
DOSM GEOHUB platform penyatuan data lokasi dengan analisis statistik negara
Mohd Uzir berkata platform itu juga dapat menyokong pembuatan keputusan berasaskan analisis lokasi yang lebih granular, agar dasar dapat disasarkan dengan tepat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan portal data DOSM GEOHUB, inisiatif strategik yang memudahkan akses kepada maklumat geospatial yang diintegrasikan dengan statistik rasmi negara.
Ringkasan AI
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata DOSM GEOHUB bukan sekadar portal, tetapi platform pemetaan digital yang menggabungkan statistik dan data geospatial selaras saranan United Nations Global Statistical Geospatial Framework (GSGF) bagi menyediakan maklumat geospatial yang lebih meluas, tepat dan mudah diakses.
"DOSM GEOHUB menawarkan pelbagai fungsi yang menyokong akses, penggunaan, dan pemahaman statistik negara berasaskan geospatial.
"Ia turut menyokong agensi kerajaan, penyelidik, dan pembuat dasar bagi tujuan perancangan pembangunan bandar dan wilayah, penilaian impak sosial dan ekonomi, penyediaan intervensi pembangunan setempat, penyelarasan program bantuan, serta kemudahan awam," katanya pada majlis pelancaran hari ini.
Mohd Uzir berkata platform itu juga dapat menyokong pembuatan keputusan berasaskan analisis lokasi yang lebih granular, agar dasar dapat disasarkan dengan tepat.
Beliau menekankan bahawa DOSM GEOHUB dibangunkan secara dalaman (in-house) menggunakan kepakaran staf DOSM, bukan sekadar sebagai platform teknologi tetapi juga manifestasi komitmen jabatan dalam memperkasa rakyat dan negara melalui data.
"DOSM GEOHUB menjadi nadi integrasi antara statistik dan data geospatial untuk menjawab persoalan pembangunan masa kini, malah membuka jalan kepada masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berasaskan bukti dalam pembuatan keputusan," katanya.
Sebagai hab data geospatial, DOSM GEOHUB menghimpunkan pelbagai jenis visualisasi spatial yang dibina daripada statistik sosial, ekonomi dan alam sekitar, membolehkan analisis keadaan semasa negara dilakukan secara menyeluruh dan responsif terhadap sebarang perubahan.
Portal ini membolehkan pengguna meneroka maklumat seperti populasi, jantina, kumpulan umur, data ekonomi, dan unjuran penduduk di peringkat Malaysia, negeri, dan daerah.
Platform ini juga membolehkan pengguna meneroka peta tematik interaktif dengan keupayaan analisis ruang serta mengakses lapisan data geospatial-statistik yang mematuhi piawaian Open Geospatial Consortium (OGC).
Selain itu, fungsi Storymap mempersembahkan naratif pembangunan menggunakan peta, grafik, dan imej, serta pelbagai maklumat statistik lain, memudahkan pengguna memahami data yang disampaikan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- DOSM melancarkan portal data GEOHUB, platform pemetaan digital yang menggabungkan statistik dan data geospatial.
- GEOHUB menyediakan maklumat geospatial yang luas, tepat, dan mudah diakses untuk perancangan pembangunan dan analisis lokasi.
- Portal ini membolehkan pengguna meneroka visualisasi spatial, data populasi, ekonomi, dan peta tematik interaktif untuk analisis ruang yang responsif.