MELAKA: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) giat menyusun pelbagai strategi termasuk menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem Pangakalan Data Utama (PADU) berjalan lancar menjelang tarikh akhir pada 31 Mac ini.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata hal itu sebagai persediaan bagi menampung 6,000 kaunter fizikal sedia ada di seluruh negara, yang digembleng bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Penerangan, pihak berkuasa tempatan (PBT) badan bukan kerajaan (NGO) dan penggunaan lebih 900 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menghadapi kesesakan yang dijangka berlaku pada hari tersebut.
"Kita juga ingin memaklumkan bahawa pada hari terakhir tersebut, kaunter fizikal hanya akan mengeluarkan nombor sehingga 5 petang kerana kita tahu jika tiada waktu terakhir ini, akan masih ada yang datang pada saat akhir.
"Bagaimanapun bagi kemas kini secara dalam talian ia berterusan sehingga 11.59 malam pada Ahad tersebut," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pengoperasian kaunter fizikal PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata pertambahan kaunter fizikal itu susulan orang ramai dilihat lebih berpuas hati apabila mengisi di depan pegawai sedangkan mereka boleh mengisi secara dalam talian, khususnya dalam golongan umur pertengahan dan warga emas.
"Bagi yang muda, golongan ini tidak begitu nampak di kaunter fizikal kerana mereka boleh layari sistem tersebut melalui peranti masing-masing untuk melakukan kemas kini dan secara purata, setiap hari lebih 350,000 orang mengemas kini maklumat masing-masing secara dalam talian atau hadir ke kaunter," katanya.
Setakat hari ini katanya sebanyak 8.79 juta penduduk Malaysia telah mengemas kini maklumat masing-masing dalam sistem PADU dan trend tersebut menyaksikan peningkatan mendadak sejak minggu lepas, sekali gus memberi petunjuk bahawa sasaran 50 peratus pendaftaran menjelang 31 Mac ini akan tercapai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (kanan) beramah mesra dengan orang ramai ketika meninjau pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, hari ini. - Foto Bernama
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.