MALAYSIA
Doxing: Dedah maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah perbuatan jenayah - KPN
Mohd Khalid berkata perbuatan 'doxing' itu termasuk pendedahan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga, dan boleh disiasat. -Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa perbuatan menyebar, mendedah atau memaparkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah satu kesalahan undang-undang dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perbuatan yang dikenali sebagai doxing itu termasuk pendedahan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga, dan boleh disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang sedia ada.
"Antaranya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, serta Seksyen 507E, 507F(1) atau 507F(2) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Khalid dalam satu kenyataan menegaskan prinsip perlindungan data peribadi adalah terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, pandangan, atau situasi semasa.
Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian.
Sehubungan itu, PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk penyebaran maklumat peribadi serta mengamalkan etika dan tanggungjawab dalam penggunaan platform digital.
Sementara itu, PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keselamatan awam.