KUALA LUMPUR: Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin di Oxford.

Beliau yang juga Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak Darul Ridzuan, disuntik dengan dos pertama vaksin Oxford-AstraZeneca ketika menjalani ibadah puasa pada Jumaat.

"Alhamdulillah saya tidak merasa apa-apa kesakitan atau ketidakselesaan dan vaksin ini juga halal.

"Inilah sepatutnya kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi saya syorkan kepada semua agar tidak teragak-agak untuk ambil vaksin," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.



Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford