[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Dr Dzulkefly disahkan positif COVID-19

Astro Awani 14/03/2022 | 06:48 MYT
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disahkan positif COVID-19 hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disahkan positif COVID-19 hari ini.
Bekas Menteri Kesihatan itu menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, beliau dimaklumkan dijangkiti virus itu selepas menjalani ujian RT-PCR.
“Saya baru diberitahu positif dan akan jalani kuarantin tujuh hari.
“Untuk info, saya tak bergejala kecuali batuk. Alhamdulillah, badan sihat.. lari ‘treadmill’ biasa semalam. Ya, saya telah lengkap vaksin (dan booster),” katanya menerusi laman tersebut.
Beliau sebelum itu difahamkan telah menjalani ujian RTK-Antugen di Parlimen pagi tadi.
Namun, keputusan yang dibuat menerusi ujian kit kendiri menunjukkan keputusan negatif.
Bagaimanapun, Dr Dzulkefly memaklumkan pegawai di Parlimen telah memintanya untuk melakukan ujian RT-PCR untuk memastikan keputusan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Dzulkefly Ahmad #positif COVID-19 #rT-PCR #Parlimen #bekas Menteri Kesihatan #Ahli Parlimen Kuala Selangor