awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Fauziah dijadual tiba di KLIA malam ini

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2016
10:21 MYT
Dr Fauziah dijadual tiba di KLIA malam ini
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah menerusi Facebook LIVE malam ini.
Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Hassan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.45 malam ini.
Menurut maklumat yang diterima dari seorang pegawai Kedutaan Malaysia, Dr Fauziah selamat tiba di Bangkok, Thailand dari Tel Aviv, Israel pada lebih kurang jam 4 petang tadi.
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah menerusi Facebook LIVE malam ini.
Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu.
BACA: Wisma Putra sahkan Dr Fauziah telah dibebaskan dan selamat
Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua.
Berikut adalah kronologi misi Women’s Boat to Gaza.
14 September 2016 Kapal Aman Hope dan Zaytouna Oliva berlepas dari Pelabuhan Vell, Barcelona
15 September 2016 Kapal Aman Hope terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal, Kapal Zaytouna-Oliva meneruskan misi
23 September 2016 8 Pagi (Waktu Malaysia) Zaytouna-Oliva tiba di Messina, Itali. Ketibaaan disambut Datuk Bandar Messina, Renato Accorinti
27 September 2016 9 Pagi(Waktu Malaysia) Misi Zaytouna-Oliva diteruskan ke Gaza, Palestin
29 September 2016 Kapal Zaytouna-Oliva mengalami sedikit kerosakan pada layar
1 Oktober 2016 Krew "Ship to Gaza Greece" datang membetulkan layar di tengah laut. Bekalan minyak dan makanan turut ditambah
5 Oktober 2016 11.40 pagi (Waktu Malaysia) Zaytouna-Oliva memasuki perairan Gaza 120 batu nautika dari Gaza
5 Oktober 2016 8.50 malam (Waktu Malaysia) Terputus hubungan semasa berada kurang 50 batu nautika dari Gaza
5 Oktober 2016 9.58 malam (Waktu Malaysia) Zaytouna-Oliva dirampas oleh tentera Israel kira-kira 35 batu nautika dari Gaza dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel
6 Oktober 2016 6.00 pagi (Waktu Malaysia) Tiba di Pelabuhan Ashdod
7 Oktober 2016 7.45 malam Dr Fauziah dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Topic Berkaitan
#Dr Fauziah Mohd Hasan
#Facebook Live
#Gaza
#Israel
#KLIA
#MyCare
#Palestin
#WBG
#Womens Boat to Gaza
#Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan