Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menemplak tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dirinya berhubung dakwaan membantu 'seorang doktor gigi palsu'.
Dalam nada sinis, Dr Hilmi meminta Lim menjalankan kerja dan tanggungjawab sendiri dan tidak perlu melaksanakan kerja dan tugas orang lain.
"Ketua Menteri Pulau Pinang ini tanpa usul periksa terus meminta SPRM untuk menangkap saya. Ini pelik. Sebagai seorang ketua menteri dia sepatutnya lebih teliti dan periksa dulu fakta itu betul atau tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Rakan Niaga Strategik Negeri TNB Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata dalam hal berhubung 'doktor gigi palsu' yang menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram itu, beliau hanya memohon penjelasan dan bukannya memberi arahan.
"Jangan samakan saya dengan kes Phee Boon Poh (Exco Pulau Pinang yang pernah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kilang haram di Sungai Lembu). Phee mengeluarkan arahan , saya dalam kes ini cuma meminta penjelasan dan bukan memberi arahan dan apabila mendapat tahu kes ini sudah naik ke mahkamah, saya tidak mencampurinya," katanya.
Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menasihatkan agar Lim menjalankan tanggungjawabnya di Pulau Pinang dengan menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya banjir, kesesakan lalu lintas dan air.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2017
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menemplak tindakan Lim Guan Eng yang meminta SPRM menyiasat dirinya berhubung dakwaan membantu doktor gigi palsu.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.