awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Kelvin, Young Syefura kini teraju DAPSY Kebangsaan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/03/2022
16:47 MYT
Dr Kelvin, Young Syefura kini teraju DAPSY Kebangsaan
Dr Kelvin (kiri) dan Young Syefura kini meneraju DAPSY Kebangsaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen menang selaku Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) hasil pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau yang menerima 232 undi menewaskan dua pencabar yang lain, Jamaliah Jamaluddin dan Eric Teh Hoong Keat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (Rara) pula menang bagi jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan apabila meraih 212 undi.
Rara menewaskan dua pencabar yang lain iaitu Abdul Aziz Isa Marindo dan Alice Lan Suet Ling.
Sementara itu, empat kerusi Naib Ketua DAPSY Kebangsaan diraih oleh G. Annun Nancy, K. Jason Raj, P.S Keristinah dan Teh Swee Leong.
Wayne Ong Chun Wei pula menang pemilihan bagi jawatan Setiausaha DAPSY Kebangsaan.
Kesemua mereka bakal memegang pentadbiran DAPSY Kebangsaan bagi tahun 2021 hingga 2024.
Dalam pada itu, 15 individu turut dipilih menganggotai sebagai ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK) antaranya Tan Kim Ping, Woo Kah Leong dan Rachel Teh.
Proses pengiraan undi mengambil masa lebih lima jam selepas proses pengundian melibatkan lebih 400 perwakilan DAPSY yang hadir bermula sekitar jam 7 petang Sabtu.
Topic Berkaitan
#DAPSY
#Kelvin Yii Lee Wuen
#Young Syefura Othman
#Pemuda DAP
#pemilihan DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan