Dr M kurang sihat, acara MyPerintis ditunda

Hafiz Marzukhi
Oktober 11, 2015 04:21 MYT
Menurut pembantunya, Dr Mahathir sedang berehat di rumah. - Gambar Fail
Pelancaran Persatuan Belia MyPerintis yang dijadual berlangsung hari ini terpaksa ditunda selepas penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menghadiri majlis itu kerana kurang sihat.
Menurut pembantunya, bekas Perdana Menteri tersebut sedang berehat di rumah.
Pada Sabtu, pengasas MyPerintis Datuk Laurence Low berkata upacara perasmian di Putrajaya itu akan ditunda ke satu tarikh lain.
"Kami perlu menunda pelancaran ini ke tarikh lain. Marilah doakan Tun cepat sembuh. Maaf atas segala kesulitan," kata beliau di laman web persatuan tersebut.
MyPerintis ditubuhkan pada 30 Jun tahun ini bagi menumpukan kepada pemerkasaan belia di Malaysia dari segi pengetahuan dan kepimpinan.
#kurang sihat #Laurence Low #Mahathir Mohamad #MyPerintis