[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Dr Mahathar dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu

Bernama 28/05/2025 | 13:00 MYT
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok. - Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar
PUTRAJAYA: Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok.


Ringkasan AI
  • Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok.
  • Pelantikan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri.
  • Dr Mahathar menggantikan Dr Muhammad Radzi yang bersara, dan dijangka memimpin usaha reformasi sistem kesihatan negara.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata Dr Mahathar, 56, mula berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Perubatan pada 1 Okt 1996.

"Dr Mahathar berkelulusan Bachelor of Medical Science daripada University St Andrews, Scotland, Bachelor of Medicine and Bachelor Surgery (University of Manchester, United Kingdom) serta Master of Emergency Medicine (Universiti Sains Malaysia).

"Saya percaya dengan kompetensi dan kredibiliti beliau untuk memacu agenda reformasi kesihatan yang sedang dilaksanakan pada masa ini untuk penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, mesra serta profesional dalam memastikan manfaat kepada rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Dr Mahathar adalah bagi menggantikan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, yang bersara wajib pada 1 Mei lepas setelah menyandang jawatan itu bermula 21 April 2023.

-- BERNAMA


#Dr Mahathar Abd Wahab #Ketua Pengarah Kesihatan baharu #KKM #Shamsul Azri Abu Bakar