awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir akan melawat Thailand esok

Bernama
Bernama
23/10/2018
07:29 MYT
Dr Mahathir akan melawat Thailand esok
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, General Prayut Chan-o-cha, diikuti jamuan makan malam rasmi. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula esok.
Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), dalam satu kenyataan hari ini berkata, lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan perkenalan ke negara-negara jiran di Asia Tenggara sejak beliau menerajui semula tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei.
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, General Prayut Chan-o-cha, diikuti jamuan makan malam rasmi.
Wisma Putra berkata lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
"Ia juga akan memberi peluang kepada Malaysia untuk mengetengahkan dasar-dasar semasa kerajaan dan pendiriannya terutama dalam isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu juga dijangka akan memberi momentum kepada proses rundingan damai di wilayah Selatan Thailand.
Kerajaan Malaysia baru-baru ini melantik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, sebagai fasilitator yang baharu dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thailand.
Dari segi kerjasama ekonomi, Wisma Putra berkata jumlah dagangan Malaysia dengan Thailand pada 2017 mencatat pertumbuhan yang signifikan pada kadar 18.43 perauts, berjumlah sebanyak RM98.69 blilon daripada RM86.46 bilion pada 2016.
Thailand adalah rakan dagangan kelima terbesar Malaysia dan kedua terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Singapura.
Di pihak Thailand pula, Malaysia adalah trakan dagangan terbesar Thailand dalam kalangan negara-negara ASEAN dan keempat terbesar dalam kalangan rakan dangangannya di seluruh dunia.
Dalam lawatan itu, Dr Mahathir akan diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking dan para pegawai kanan kerajaan.
Menurut Wisma Putra lagi, Perdana Menteri juga dijadual akan menghadiri satu perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand. -- Bernama
Topic Berkaitan
#lawatan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Prayut Chan-O-Cha
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan