Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Dr Mahathir buat Siti Hasmah cemas, 'mengusik' sambil memandu Toyota iQ

Seth Akmal 22/11/2025 | 08:45 MYT
Dr. Mahathir dengan gaya bersahaja menenangkan sambil berjenaka: “Tak perlu pegang, dia pusing sendiri,”. - Foto Instagram Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi detik peribadi memandu kenderaan Toyota iQ dengan nombor pendaftaran APA 100, bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi detik peribadi memandu kenderaan Toyota iQ bersama isterinya di Putrajaya, disertai oleh sebuah anak patung yang dibawa oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
  • Dr Siti Hasmah kelihatan cemas apabila Dr Mahathir mengusiknya dengan tidak memegang stereng, tetapi Dr Mahathir dengan bersahaja menenangkan situasi dan mengusik isterinya dengan jenaka.
  • Kedua-dua tokoh negarawan itu kemudiannya melawat restoran di Taman Tun Dr Ismail, disambut oleh orang ramai yang mengambil peluang mengambil gambar bersama mereka.


Namun tindakan Dr Siti Hasmah kelihatan mencuit hati apabila beliau membawa sebuah anak patung sambil duduk di dalam kenderaan tersebut.

“Okay Bambi (merujuk kepada anak patung) kita nak jalan-jalan,” kata Dr Siti Hasmah.

Malah beliau turut kelihatan sedikit cemas apabila Dr Mahathir mengusiknya dengan tidak memegang stereng untuk beberapa saat.

Namun, Dr Mahathir dengan gaya bersahaja menenangkan sambil berjenaka: “Tak perlu pegang, dia pusing sendiri,” katanya.

Dr Mahathir turut bertanya kepada Isterinya seandainya dia selesa sepanjang perjalanan itu.

Menerusi rakaman klip pendek yang disiarkan di Instagram miliknya, tokoh negarawan berumur 100 tahun itu dilihat memandu kenderaan dua pintu itu menuju ke restoran Warong Din di Taman Tun Dr Ismail.

Semasa di restoran kelihatan orang ramai mengambil peluang mengambil gambar dengan kedua-dua pasangan negarawan itu.

Malah klip tersebut memaparkan Dr Mahathir mengambil gambar suasana di dalam restoran dengan menggunakan telefon pintar miliknya.



Hampir 100,000 pengguna media sosial mengetik tanda suka kepada hantaran yang disiarkan pada jam 1 tengah hari tadi.

“Ya Allah, comel sungguh Tun Mahathir dan Tun Hasmah…semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk Tun berdua,” kata @nisaazzz.

“Dalam bergurau masih gentleman “kamu selesa tak?”,” kata @snhidayahishak.

Media melaporkan kenderaan buatan Jepun itu tiba di Malaysia pada 14 November lepas selepas Dr Mahathir merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan itu ketika lawatannya ke Kawamukocho, Jepun.

Toyota iQ, dihasilkan antara 2008 hingga 2015, terkenal dengan kejuruteraan pintar yang memaksimakan ruang dalaman walaupun saiz badannya kurang tiga meter.

Namun pengeluarannya dihentikan akibat jualan menurun, menjadikannya semakin jarang dilihat di jalan raya Malaysia.






#Instagram #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri