Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' lawan COVID-19

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 10, 2020 13:15 MYT
Rohaizat kembali menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) secara kontrak. Foto: Twitter/@KKMPutrajaya
Datuk Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, Datuk Rohaizat kembali menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) secara kontrak.
"Beliau 'dipanggil semula' (kontrak) bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan COVID-19.
"Selamat bertugas untuk rakyat dan negara," kata KKM dalam ciapan itu.

Selamat kembali ke 'medan perang' kpd Tim. Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg Datuk Dr Rohaizat Yon. Beliau 'dipanggil semula' (kontrak) bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan #COVID19. Selamat bertugas untuk rakyat dan negara. @DrAdhamBaba @DrNoorAzmi pic.twitter.com/ygFR9UWxkE

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, pada awal sidang media yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, beliau memberitahu Dr Rohaizat akan menyambung perkhidmatannya sehingga akhir tahun ini.
BACA: Hilang seorang 'panglima perang', Dr Noor Hisham tahan sebak...
Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengumumkan persaraan wajib rakan seperjuangannya itu dalam memerangi COVID-19 pada 10 Jun lalu.
Dr Rohaizat juga dianggap sebagai salah seorang 'panglima perang' buatnya.
#COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Datuk Dr Rohaizat Yon #Kementerian Kesihatan #KKM