NATIONAL
Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19

Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Dr Roland Victor daripada pertuduhan membuat hantaran video jelik berhubung vaksin COVID-19. -Bernama
SEPANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor daripada pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik berhubung vaksin COVID-19.
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Dr Roland Victor daripada pertuduhan membuat hantaran video jelik berhubung vaksin COVID-19.
- Hakim mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah, dan tiada bukti yang menyatakan hantaran Dr Roland adalah tidak benar atau jelik.
- Dr Roland didakwa pada 5 Julai 2021 di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000.
"Tidak ada juga keterangan, baik daripada segi saksi pendakwaan ataupun pembelaan, melalui pemeriksaan balas dan sebagainya, yang menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Dr Roland adalah tidak benar atau pun jelik," katanya.
Beliau berkata mahkamah telah menimbang semasak-masaknya dan telah meneliti setiap hujahan, keterangan saksi dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah.
"Maka dengan itu saya membuat keputusan, pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah," katanya.
Pada 5 Julai 2021 Dr Roland didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan laman profil Facebook The KL Sky Clinic pada 10.30 malam 7 Feb 2021.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya serta berdepan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saifuddin Rafiee manakala Dr Roland diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami