awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Sim Kui Hian positif COVID-19

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
01/03/2022
02:53 MYT
Dr Sim Kui Hian positif COVID-19
Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada Isnin.
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di akaun Facebooknya, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga mendedahkan beliau tidak mempunyai sebarang simptom semasa ujian dibuat.
“Ujian PCR ini saya lakukan untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara. Saya tidak mengalami sebarang simptom dan ujian kendiri RTK Antigen harian yang saya lakukan juga tidak menunjukkan keputusan positif.
“Keputusan ini mengejutkan walaupun saya membuat ujian kendiri setiap hari, memakai topeng muka, mencuci tangan, mematuhi SOP, ini menunjukkan betapa mudah dan sukarnya untuk kita melawan varian Omicron,” katanya.
Sebagai langkah kawalan, beliau telah melaporkan keputusan berkenaan melalui MySejahtera dan sedang menjalani kuarantin serta pemantauan kendiri selama tujuh hari.
“Kuantantin tujuh hari ini dalah mengikut kepada protokol kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi yang mempunyai kontak rapat dengan saya beberapa hari lalu, sila ikuti SOP KKM terkini berhubung protokol kes kontak rapat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Sim positif
#varian omicron
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
#positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan