Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ahad meminta seorang pemimpin DAP meningkatkan kefahamannya tentang isu kerakyatan kaum India sebelum membuat kenyataan.
Katanya kenyataan M. Kulasegaran mengenai 300,000 mereka yang berketurunan India di negara ini tidak mempunyai kerakyatan itu hanyalah untuk kepentingan politik.
"Mungkin ini di luar kefahaman beliau. Saya minta beliau, kalau boleh, tingkatkan pemahaman," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kenyataan Kulasegaran yang dilaporkan oleh portal berita semalam.
Dr Subramaniam juga membidas Anggota Parlimen Ipoh Barat itu yang mendakwa MIC hanya berani bersuara dengan pembangkang namun tunduk kepada UMNO.
"Pembangkang pun berani sesama mereka juga tetapi tunduk kepada parti-parti lain dalam kumpulan mereka," kata Menteri Kesihatan itu yang ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, di Seri Perdana di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengamalkan konsep konsensus yang menjadi tulang belakang perpaduan dan kestabilan politik dalam negara.
"Bukan kita setuju kepada semua perkara, tetapi kita ada cara untuk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik untuk kebajikan rakyat jelata," katanya.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berdepan masalah kewarganegaraan memandangkan bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil berbanding jumlah yang diuar-uarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2017
Dr Subramaniam juga membidas Anggota Parlimen Ipoh Barat itu yang mendakwa MIC hanya berani bersuara dengan pembangkang namun tunduk kepada UMNO.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dr Subramaniam minta Kulasegaran fahami isu kaum India
Kenyataan M. Kulasegaran mengenai 300,000 mereka yang berketurunan India di negara ini tidak mempunyai kerakyatan itu hanyalah untuk kepentingan politik.