MALAYSIA
Dr Wan Azizah serah 65 lembu korban sempena Aidiladha
Dr Wan Azizah ketika meninjau lembu-lembu yang akan diagihkan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Qurban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyerahkan sumbangan 65 ekor lembu bagi ibadah korban sempena sambutan Aidiladha.
Ringkasan AI
Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penerima yang terdiri daripada persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), surau dan masjid di kawasan Parlimen berkenaan.
Dr Wan Azizah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bermurah hati menaja lembu korban berkenaan sebagai amal ibadah demi manfaat komuniti setempat.
"Melalui agihan daging korban kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan, kita dapat memperkukuh ikatan silaturahim serta memastikan tiada siapa yang terpinggir daripada nikmat rezeki yang Allah kurniakan," katanya pada majlis penyerahan sumbangan lembu korban di Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin dan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Hayatul Kamil Termudi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sumbangan kepada komuniti: Sebanyak 65 ekor lembu korban diserahkan kepada persatuan penduduk, NGO, surau dan masjid di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.
- Makna ibadah korban: Dr Wan Azizah menekankan bahawa agihan daging korban kepada golongan fakir miskin membantu memperkukuh ikatan silaturahim dan memastikan tiada yang terpinggir daripada nikmat rezeki.
- Penghargaan kepada pihak yang menaja: Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bermurah hati menaja lembu korban sebagai amal ibadah demi manfaat komuniti setempat.