Dr Wan Azizah ucap tahniah kepada Panglima ATM baharu

Bernama
Januari 3, 2020 02:32 MYT
Penyerahan tongkat kuasa daripada Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kiri) kepada Jen Tan Sri Affendi Buang. -Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Jen Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-21.
"Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus mantap di bawah kepimpinan beliau," katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook rasmi, hari ini.

Tahniah Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke 21. Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus mantap di bawah kepimpinan beliau. pic.twitter.com/WXDz08PK7A

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) January 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Affendi, 57, menggantikan Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada Khamis.
Pelantikan beliau yang berkuat kuasa semalam disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan.
Affendi sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 21 Dis 2016.
-- BERNAMA
#Affendi Buang #Angkatan Tentera Malaysia #ATM #Mohamad Sabu #Panglima Angkatan Tentera Malaysia #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah