[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Dr Zakir boleh ceramah tetapi bergantung kepada tajuk - KPN

Hakim Rahman 11/04/2016 | 15:40 MYT
Dr Zakir Naik (gambar) berada di Malaysia bagi siri ceramah beliau bermula 9 hingga 20 April di beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi. - Foto BERNAMA
Penceramah bebas Dr Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian di negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.
"Kita akan semak apa tajuk ceramah beliau (Dr Zakir Naik)," katanya kepada Astro AWANI menerusi mesej di WhatsApp.
Dr Zakir Naik berada di Malaysia bagi siri ceramah beliau bermula 9 hingga 20 April di beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi.
Khalid sebelum ini mengarahkan forum Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di Melaka bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan antara agama Hindu dan Islam) dibatalkan.
BACA: Ceramah Dr Zakir Naik di UTeM tidak boleh diteruskan - Khalid
BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
VIDEO: PDRM belum beri arahan bertulis batalkan ceramah
Katanya forum berkenaan tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.
"Polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti awam di negara ini," katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Isnin.
#ceramah #Dr Zakir Naik #keharmonian #Khalid Abu Bakar #polis