awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Zaliha terima kunjungan hormat Duta Besar Sweden

Bernama
Bernama
14/08/2023
14:11 MYT
Dr Zaliha terima kunjungan hormat Duta Besar Sweden
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom dan Emma Broms daripada Business Sweden di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini. - Foto FB Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom dan Emma Broms daripada Business Sweden di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.
Dr Zaliha dalam perkongsian di Facebook berkata perbualan mereka berkisar mengenai bidang pengurusan maklumat kesihatan dan kesihatan digital.
"Kami membincangkan tentang meneroka kaedah untuk memanfaatkan peralatan digital bagi menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan, mengukuhkan pengawasan penyakit dan meningkatkan pendidikan dan kesedaran kesihatan," katanya.
Beliau turut mengalu-alukan syarikat daripada Sweden untuk menjalankan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan di Malaysia serta menjadi sebahagian daripada agenda pembaharuan kesihatan digital seperti yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan.
"Kami menantikan usaha timbal balik selanjutnya yang akan meningkatkan standard penjagaan kesihatan secara sinergi di Malaysia dan Sweden," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa
#terima kunjungan hormat
#Besar Sweden ke Malaysia
#Dr Joachim Bergstrom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan