KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengakui beliau amat terkesan dengan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 (LKAN 2019) berhubung Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Memetik laporan Sinar Harian, Zulkifli berkata, beliau mengharapkan agar teguran seperti pengagihan wang zakat itu adalah yang terakhir terhadap agensi di bawah kementeriannya.
Sewaktu memberi ucapan sempena perhimpunan kementerian secara dalam talian, beliau berharap pada masa depan, tiada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya amat terkesan apabila membaca Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan pengagihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
"Cukuplah itu menjadi laporan terakhir yang mendapat teguran audit oleh mana-mana agensi di bawah saya," katanya seperti dipetik portal berkenaan hari ini.
Dalam LKAN 2019 Siri 1 yang disiarkan pada Disember tahun lepas, laporan mendapati RM14.73 juta wang zakat tahun 2018 bagi asnaf fisabilillah, yang berada di bawah kelolaan MAIWP, tidak digunakan bagi tujuan sepatutnya.
“Semakan mendapati perkara itu berlaku disebabkan pentakrifan asnaf fisabilillah terlalu umum dan tidak diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat.
"Selain itu, tiada fatwa khusus ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang harus dibuat menggunakan wang zakat," menurut laporan itu lagi.
Selain itu, LKAN turut menemui beberapa kelemahan pengurusan seperti projek pembangunan yang telah dibuat bayaran perkhidmatan perunding sejumlah RM4.72 juta pada 2013 hingga 2017, menggunakan wang zakat.
Menurut laporan Bernama, pihak Audit mengesyorkan supaya skim bantuan yang diberikan kepada asnaf fisabilillah hendaklah mengikut keutamaan dan takrifan sebenarnya serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat.
Selain itu, fatwa khusus juga perlu ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang boleh dibuat menggunakan wang zakat secara 'case by case' bagi memastikan tiada pembaziran dan sebarang kerugian dan pengurangan kepada wang zakat.
Laporan itu mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemantauan terhadap status projek secara berkala dikuatkuasakan terutamanya melibatkan kepentingan agensi mengemukakan laporan pelaksana, perbelanjaan program dan aktiviti.
Dalam pada itu, Zulkifli dalam ucapannya berkata, beliau telah mengambil alih amanah sebagai menteri ketika negara dilanda tempoh getir akibat pandemik COVID-19.
“Maka, sudah tentu keutamaan saya adalah menyelesaikan dan menangani keperluan ummah semasa. Kerana itulah fokus 10 bulan pertama adalah kebajikan rakyat.
“Alhamdulillah, sehingga Disember 2020, agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya telah agihkan bantuan pelbagai bentuk sebanyak RM363.5 juta kepada mereka yang terkesan dengan COVID-19,” katanya lagi.
Ujar Zulkifli lagi, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan melainkan mahu melihat 13 agensi tersebut diuruskan dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab.
“Ingat, setiap sen yang kita dapat sebagai pendapatan bulanan kita, adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat Malaysia khususnya umat Islam,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jan 25 2021

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran daripada Ketua Audit Negara demi menjaga integriti dan amanah. - Gambar fail

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Letupan di berek tentera, 20 maut dan lebih 600 cedera
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan bahan letupan.

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.

Manchester United musnah rekod kebal barisan Guardiola
Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti selepas 101 saat tiupan wisel pertama berikutan kekasaran Gabriel Jesus.

Dr Zulkifli ingatkan agensi kementerian, jangan ditegur Ketua Audit Negara lagi
Dr Zulkifli herap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dan amanah.