Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.
Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.
Lelaki itu, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Kim Jong Nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, mati akibat mukanya dilumur dengan agen saraf VX oleh dua wanita warga asing.
Jong Nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Dua wanita asing itu - Siti Aisyah, 25, warganegara Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warganegara Vietnam - didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas.
Susulan kes pembunuhan itu, Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap usaha Malaysia mengendalikan kes itu, bertentangan dengan pendirian Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa ia mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan mengikuti standard antarabangsa.
Berikutan itu, kerajaan Malaysia mengisytihar Kang Chol sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak diterima negara ini, yang memaksa beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.
Pyongyang pula mengambil tindakan sama terhadap Duta Malaysia ke Korea Utara pada hari yang sama.
Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang menyebabkan Kuala Lumpur mengambil tindakan serupa terhadap rakyat Korea Utara di Malaysia.
Namun, dua rakyat Malaysia yang bertugas dengan Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengikuti kursus WFP di Pyongyang, dibenarkan meningggalkan negara itu pada 9 Mac lepas dengan menuju ke Beijing, China.
Kira-kira 8.30 malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara telah dibenarkan meninggalkan negara itu.
Beberapa hari sebelum ini, pihak berkuasa menutup mulut dan hanya memaklumkan perundingan Kuala Lumpur-Pyongyang sedang berlangsung untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Hari ini, media yang berkampung di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sejak 15 Feb lepas, melihat pergerakan luar biasa dengan sebuah van yang dipercayai membawa mayat Jong Nam, beredar keluar dari hospital berkenaan pada 1.40 tengah hari tadi.
Van jenazah berwarna kelabu, yang dipercayai membawa mayat Jong Nam, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.47 petang tadi.
Pesawat yang membawa mayat Jong Nam dilaporkan berlepas dari KLIA ke Beijing pada 7.30 petang tadi.
Sembilan rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini. -Gambar fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat bagi sebutan semula kes
Dua suspek utama warga asing yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini pagi ini bagi sebutansemula kes.
Malaysia tidak putuskan hubungan dengan Korea Utara - PM Najib
Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Korea Utara setelah republik itu memenuhi tuntutan-tuntutan yang ditetapkan dalam proses rundingan.
Drama 'Jong Nam' selesai selepas 46 hari
Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.
Punca kematian Jong Nam mungkin diketahui minggu depan - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.