awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DRB-Hicom kembali mencatat keuntungan, raih untung bersih RM143.95 juta pada suku ketiga

Bernama
Bernama
25/11/2022
01:10 MYT
DRB-Hicom kembali mencatat keuntungan, raih untung bersih RM143.95 juta pada suku ketiga
DRB-Hicom berkata industri automotif kekal di landasan untuk mencapai unjuran jumlah volum industri 2022 sebanyak 630,000 unit.
KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022, mencatatkan keuntungan bersih RM143.95 juta berbanding kerugian bersih RM179.44 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak 114.2 peratus kepada RM4.54 bilion daripada RM2.1 bilion sebelumnya.
"Perolehan yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya oleh jualan yang lebih tinggi daripada Proton serta hasil yang lebih tinggi daripada syarikat pembuatan dan kejuruteraan dan pengedaran automotif," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Mengenai industri, DRB-Hicom berkata industri automotif kekal di landasan untuk mencapai unjuran jumlah volum industri (TIV) 2022 sebanyak 630,000 unit.
Jualan kenderaan meningkat lebih 60 peratus kepada 516,798 unit dalam sembilan bulan pertama 2022 manakala Proton melebihi pencapaian jualan 100,000 unit, menjual 102,353 unit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept 2022 daripada 73,017 unit dalam tempoh yang sama.
"Selain itu, pertumbuhan memberangsangkan dalam jumlah jualan ini memacu prestasi yang lebih baik bagi syarikat pembuatan dan kejuruteraan dalam kumpulan kerana mereka membentuk sebahagian daripada rantaian bekalan Proton," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#keuntungan bersih
#DRB-Hicom
#industri automotif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan