awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA

Bernama
Bernama
07/05/2024
13:45 MYT
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini.
Dikenali dengan nama 'GAZA' sebagai menghargai perjuangan penduduk Gaza terhadap rejim Zionis, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2021 itu menyerlahkan kemajuan teknologi dan keupayaan pengeluaran senjata Iran.
Menurut pegawai yang ditemui Bernama di reruai Kementerian Pertahanan Iran di sini, UAV yang dihasilkan daripada dron Shahed 129 itu dikategorikan sebagai kenderaan beraltitud tinggi, tahan lama, mempunyai saiz dan fungsi seakan sama dengan MQ-9 Reaper Amerika.
Shahed-149 mampu membawa sehingga 500 kilogram peranti elektronik dan 13 bom.
Dron sepanjang 10 meter, tinggi empat meter dan lebar sayap 21 meter itu juga dilengkapi dengan kuasa ketahanan lebih 24 jam, kelajuan mencecah 350 kilometer sejam dan berupaya terbang sehingga 35,000 kaki.
Ia direka semula oleh Shahed Aviation Industries dan dihasilkan oleh Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA).
Iran mempunyai sejarah membangunkan dan menggunakan dron untuk kegunaan ketenteraan dan pengawasan, menyaksikan negara ini telah mencapai kemajuan besar dalam teknologi serta mengeluarkan pelbagai model dengan keupayaan yang berbeza-beza sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
DSA dan NATSEC Asia 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini bermula semalam hingga Khamis, mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.
Acara dwitahunan yang memasuki dalam edisi ke-18 itu bertemakan Building Resilient Nations For The Next Generation dan telah menarik penyertaan 1,324 syarikat dari 60 negara, dengan 34 negara mempunyai pavilion sendiri, termasuk Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu, Itali dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#dron buatan Iran
#Gaza
#DSA
#Shahed-149
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan