awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun
DUNIA
10 teknologi baharu 2025 bakal ubah masa depan bandar, kesihatan dan tenaga
BISNES
Perkhidmatan EV khas Grab Malaysia pertingkat agenda mobiliti, kemampanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI

Amanz
Amanz
24/06/2025
05:00 MYT
Sponsor Banner
Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI
Drunken Master lakonan Jackie Chan (kiri) dan Once Upon a Time in China lakonan Jet Li (kanan) antara filem yang bakal dibaik pulih menggunakan AI.
SEBELUM zaman TV satelit Astro, Panggung Sutera dan Pearl Screen adalah dua slot untuk tayangan filem dari Hong Kong.

Ringkasan AI
  • Sebelum era Astro, slot Panggung Sutera dan Pearl Screen menayangkan filem klasik Hong Kong seperti Fong Sai Yuk dan Project A yang menjadi tontonan berulang.
  • Kerajaan China membiayai pemulihan 100 filem kung fu klasik menggunakan AI, termasuk karya Bruce Lee, Jackie Chan dan Jet Li, serta projek animasi semula filem A Better Tomorrow oleh pasukan 30 orang dalam tempoh dua tahun.
  • Penggunaan AI dalam pemulihan filem lama boleh menghasilkan kualiti yang tidak sekata, seperti yang berlaku pada beberapa filem James Cameron yang dinaik taraf ke 4K tetapi kelihatan aneh dan lari dari warna asal.

Filem klasik seperti Fong Sai Yuk, Project A, dan Aces Go Places akan ditayangkan berkali-kali sehingga skrip boleh dihafal.
Kerana filem-filem Hong Kong mempunyai nilai seni budaya yang tidak ternilai, sebanyak 100 filem kung fu telah dipilih untuk dipulihkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) menerusi projek yang dibiayai kerajaan China.
Antara filem yang terpilih di bawah Rancangan Warisan Filem Kung Fu adalah Fist Fury lakonan Bruce Lee, Drunken Master lakonan Jackie Chan dan Once Upon a Time in China lakonan Jet Li.
Tidak didedahkan bagaimana proses pemulihan akan dilakukan dan syarikat yang akan melakukannya.
Lazimnya filem klasik Hong Kong akan dipulihkan dengan mengimbas semula filem fizikal asal ke dalam komputer sebelum setiap bingkai filem dipulihkan satu persatu.
Inilah yang dilakukan Shaw Brothers sejak awal 2000.
Selain memulihkan 100 filem klasik China dan Hong Kong, projek A Better Tomorrow: Cyber Frontier turut diumumkan untuk mengolah semula filem klasik Chow Yuen Fatt dan John Woo ini menjadi filem animasi.
Filem animasi ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dengan pasukan 30 orang menggunakan AI.
Penggunaan AI untuk memulihkan kualiti filem lama yang tercalar, berlaku perubahan warna dan mungkin hilang bingkai membawakan keputusan yang tidak sekata.
Misalnya beberapa filem James Cameron telah dinaik taraf ke 4K untuk cakera Blu-Ray baru-baru ini sehingga kelihatan aneh serta warna yang lari daripada filem asal. -Amanz
Topic Berkaitan
#pemulihan 100 filem kung fu klasik
#Drunken Master
#Once Upon A Time In China
#baik pulih guna AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami