awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia

Bernama
Bernama
04/05/2024
08:39 MYT
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada edisi kali ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan (6 Mei) yang mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.
Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini membawa tema Building Resilient Nations For The Next Generation itu disertai lebih 1,200 syarikat dari 45 negara.
Dijadualkan berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, acara itu turut menjadi tempat pertemuan utama bagi pengeluar, pembekal, agensi dan organisasi bertukar pendapat dan membina kesefahaman serta kerjasama.
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada edisi kali ini antaranya DSA NATSEC Asia Lab, segmen angkatan masa hadapan, DSA NATSEC Asia TV serta Pavilion Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), Dron dan Robotik.
"Saya berharap DSA dan NATSEC kali ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjalin rangkaian lebih kukuh dengan pemain utama dalam industri, serta membantu dalam mempromosikan produk dan inovasi terkini yang mereka tawarkan.
"Kami juga berazam menjadikan acara ini sebagai satu platform yang inklusif, memperkaya perbincangan tentang isu keselamatan global dan merangsang pemikiran kreatif yang dapat menghasilkan penyelesaian lebih progresif dan holistik demi kemakmuran bersama," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sehingga kini, 30 negara mengesahkan penyertaan dalam pameran itu antaranya termasuklah Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.
Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar pada Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat dari negara Mediterranean itu telah mengesahkan penyertaan termasuk Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.
Perancis juga akan turut membawa 30 syarikat dengan 15 daripadanya ditempatkan di pavilionnya.
Penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics.
DSA dan NATSEC 2024 terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan serta polis dan agensi penguatkuasaan sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia
#DSA
#NATSEC
#teknologi dan aset peperangan elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan