awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua adik-beradik dibunuh kejam

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2014
15:47 MYT
Dua adik-beradik dibunuh kejam
Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan mengelar leher dua kanak-kanak lelaki hari ini dan kemudiannya bertindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.
Menurut sumber, kejadian tersebut disedari nenek kepada mangsa yang membuka pintu bilik dimana kejadian tersebut berlaku.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Adnan Abdullah, siasatan masih sedang dilakukan dan pihak polis kini masih menunggu laporan forensik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam lapan pagi hingga enam petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tidak berada di rumah berkenaan.
"Kejadian itu diketahui kira-kira jam enam petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah itu.
"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun pula dijumpai di tingkat atas," kata Junaidi.
Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.
Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.
"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Adnan Abdullah
#bunuh
#pembantu rumah
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan